CLICK HERE TO SHOP URBAN DECAY AT SEPHORA NOW!
Waterproof Full-Coverage Concealer
All Nighter Waterproof Full-Coverage Concealer menyediakan litupan matte sempurna yang bertahan sepanjang hari dan malam. Tutup apa sahaja dan lihat kesan penyamar yang sempurna. Formula ultra pigmen dan mudah diadun ini mengawal kilat dan menutup cela hingga 24 jam. Kemasan matte moden yang menawan itu tidak pernah kelihatan berlebihan.
Kami sangat sukakan manfaat All Nighter Liquid Foundation yang menakjubkan, kami tak sabar untuk mengembangkan rangkaian itu dengan penyamar. Seperti bedak asasnya, All Nighter Concealer menutup segalanya (dan bertahan dalam apa jua masalah yang mungkin anda hadapi). Ia menyamar walaupun cela yang paling susah nak disembunyikan, dan juga noda-noda dari malam sebelumnya. Formula kalis air kami bertahan hingga terbitnya mentari—tak kiralah anda di lantai dansa yang padat , kelab malam yang hangat merecik peluh, ataupun kala situasi yang lebih hangat dan eksklusif. Tambahan, All Nighter Concealer menyerap minyak untuk mengekalkan kulit yang kelihatan matte menawan.
Penyelesai masalah yang hebat, All Nighter Concealer menangani kesemua cela-cela bermasalah: bayangan gelap, cacat cela dan penyahwarnaan. Malah boleh menutup tatu! Formula ini sempurna digandingkan dengan All Nighter Liquid Foundation atau Naked Skin Liquid Makeup. Ia juga sempurna untuk pagi keesokannya—bila anda perlukan litupan tambahan dan Naked sahaja tidak mencukupi. Dengan warna yang dikalibrasi dengan teliti yang merangkai spektrum kulit dari pucat ke gelap, All Nighter Concealer mempunyai litupan untuk setiap ton kulit.
Tak perlu lagi membina litupan berlapis-lapis. Sentiasa gunakan All Nighter Concealer selepas anda pakai bedak asas. Guna jumlah yang sedikit dan pedap-pedap lembut pada kulit menggunakan jari, UD Pro Concealer Brush kami atau UD Pro The Finger Brush kami. Hasilnya sangat cantik!
Formula bertahan lama ini menyediakan litupan yang lebih tebal daripada Naked Skin Concealer. Kami menambah kadar pigmen sehingga 73%! Adunan berteknologi tinggi polimer dan humektan menyediakan pemakaian bertahan, sempurna dan menghalang All Nighter Concealer daripada berkumpul di celah-celah garis halus dan liang pori. Dan sama seperti All Nighter Liquid Foundation, formula ini mengandungi pigmen penyebar cahaya untuk mengaburi cela dengan efek fokus lembut.
All Nighter Concealer hadir di dalam botol menawan, seperti komponen All Nighter Liquid Foundation versi kecil—dengan efek logam senjata yang mewah berkilat serta potongan tidak simetri. Seindah komponennya, ia juga praktikal dan mudah di bawa. Tidak perlu bawa berus; aplikator bentuk pendayung kami mempunyai lohong kecil di hujungnya yang menyediakan jumlah produk secukupnya tepat di mana anda perlukannya.
Memilih Ton yang Sempurna: All Nighter Concealer sangat berpigmen. Jadi apabila mencuba produk, palitkan pada kulit, adun dan biar ia kering sepenuhnya untuk melihat warna sebenar sebelum memilih tin yang tepat. Jika anda tak pasti antara dua ton, pilih yang lebih cerah.
Tip Pemakaian: Ingat, sedikit sahaja mencukupi.
Untuk pemakaian yang sempurna, pastikan kulit anda tidak kering dan pelembap telah meresap sepenuhnya sebelum menggunakan All Nighter Concealer. All Nighter Concealer boleh diadun lama tetapi bila ia dah kering, tak perlu lagi untuk ditambah atau pakai semula.
Weightless Ultra Definition Liquid Makeup
Shapeshifter
Highlighting Fluid